"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, June 2, 2015

BILA NENEK KEPADA NENEK BERANAK

Aku ada 5 ekor betina asal di ladang, yang masih aku simpan untuk tujuan observasi prestasi mereka. Maksud betina asal ialah kambing betina yang pertama kali aku beli dimana umur sebenarnya tidak diketahui. Tetapi apa yang aku tahu, 10 tahun dahulu, semasa aku memulakan operasi ini, semua betina betina ini telah pun bersalin semua gigi.

Jadi usia mereka pastinya 14 tahun ke atas.

Daripada 5 ekor yang aku simpan untuk eksperimen, 3 dah kena kebas. Jadi tinggal dua ekor. Errr... bila sampel terlalu sedikit, maka rumusan yang dibuat tidaklah tepat.

Jadi baik aku bagitau awal awal, apa yang aku perhatikan ini hanyalah spesifik di ladang aku. Tidak terpakai untuk semua ladang pengembala.

Baik. Betina mak nenek, atau lebih tepat betina nenek nenek, masih mampu untuk beranak walau pun sudah lanjut usianya. Kambing betina sememangnya tiada isu menopause. Berbeza sungguh dengan manusia perempuan. 

Dan kambing betina walau sudah tua, masih produktif.... sekiranya dalam sistem gembala. Input mereka masih rendah. Masih berbaloi menyimpan mereka, walaupun jarak kelahiran semakin jauh, atau kekembaran menurun.

Tapi aku tak rekemenlah simpan banyak betina tua tua.

Berdasarkan data aku, prestasi puncak kambing betina gembalaan bawah sawit mula menurun sekitar umur mereka 8-9 tahun. Selepas umur ini, walaupun masih produktif, input kita naik sedikit untuk mengekalkan prestasi mereka.

Tak rugi. Cuma untung kurang. 

Ada tak rakan rakan pengembala kambing yang lain menyimpan data lebih lama dari ini dan bersetuju dengan observasi aku? 

Yeahhh The Old Queen keep producing babies after babies. A majestic cash machine, though its getting slower and harder for her. I think I will retire her after so many years of service. 

Thanks O Your Majesty the Queen of Kambeng!

And thanks the Lord for creating you!


(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!




No comments:

Post a Comment