"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, June 3, 2015

PROGRAM JELAJAH AGROPRENEUR MUDA : $2.6 JUTA DILEPASKAN HARI INI

Zon Utara (Penang dan Perak). Yang diadakan pada hari ini. Di RTC Gopeng.

Pagi tadi aku pi RTC Gopeng. Fashionably late. The last one to register. Aiiii ada isu sikit pagi pagi tadi. Isu yang tidak memerlukan tisu, baik tisu muka mahu pun tisu tandas. Tapi isu yang memerlukan aku menggigit gigit tisu dalam kereta demi mengawal kestabilan emosi aku.

Ok. Potong cerita isu tisu yang tidak penting. Fokus kepada Program Jelajah Agropreneur Muda Zon Utara yang berlangsung tadi. Penganjur program ini ialah Unit Agropreneur Muda (UAM). Unit khas dibawah Kementerian Pertanian. Boleh juga kita panggil 'pet project' Menteri Tani, Pak Ismail Sabri. 

Objektif UAM ialah membantu agropreneur muda. Yang bawah 40 tahun. Agar istiqamah dalam usaha tani. Kerana sesungguhnya cabaran bertani cabaran mengeluarkan makanan  memerlukan keazaman yang mutlak. Kepercayaan yang absolut, menyempadani hilangnya kewarasan. Dan bukan semua golongan peladang memiliki semangat sebegitu. (Apa ayat aku lain macam ni? Terpengaruh dengan siapa pula?)

Apa pun, UAM dah dapat kelulusan peruntukan $10 juta semalam dari Pak Ismail Sabri. Dan hari ini, sudah pun dilepaskan amaun sebanyak $2.6 juta. Thats... amazingly quick. 

Perhimpunan tadi hampir 200 orang. Dan semua yang mendaftar pagi tadi (dan berdaftar sebagai ahli UAM yang kini mencecah 4200 orang) mendapat kelulusan geran. IKC. In Kind Contribution. Aku nak cerita lebih lebih pun pening. Senang cerita kepada belia belia tani, lebih baik bersegera memohon peruntukan UAM sebelum diorang kehabisan dana. Geng diorang ni laju aje lepaskan dana kepada rakyat peladang. 

Nanti!.... semua yang hadir hari ini adalah dibawah agensi masing masing. Ada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ada Mardi, ada Lembaga Nenas, ada Pertubuhan Peladang Kawasan, ada macam macam lagi. Maknanya ada agensi pembimbing. Bukannya para peserta datang sebagai individu.

Aku sendiri datang di bawah bendera Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)/ Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Jadi aku rekemen semua geng penternak mendaftarkan diri dengan mana mana agensi pertanian yang berkenaan. Berlapis lapis agensi pun takpa. Lagi bagus. Kalau satu agensi lupa nak hantar kita, satu agensi lagi ingat kat kita. Haaa... buat macam tu. 

Ok. Kita tengok gambar sambil berceritalah.



Dari kiri Rich Farm, aku, dan Man Jadda Wa Jadda. 35,36,37. Urutan kesebayaan. 


Bersama Ruziah, otai penternak bebiri dan lembu. Dah 10 tahun menternak.


Bersama Hasnol. Dulu dengan Ksvet, kini di JPV Teluk Intan


Bersama Tuan Satar Lajeh. Otai pembiak kambing di Pulau Pinang. Tuan Satar Lajeh dah overqualify untuk program UAM. Terkejut aku tengok dia duduk senyap senyap sebelah aku. 


Reporter Kosmo interview aku, Tajul Asyraf, dan Zul Man Jadda Wa Jadda


Rich Farm bersama Tuan Arif Idris, ahli Majlis Perunding Belia UAM. Tuan Arif Idris dulu bela kambing lepas habih sekolah. 2001-2009. 8 tahun juga tu. Breeder. Ada la 500-600 ekor. Dan yang mengejutkan, Tuan Arif pinjam ahlong $90,000 untuk modal awal. Pehhh berani betoi ni. Dan  beliau berjaya habis bayar hutang kepada ahlong tersebut. Sebulan $2500.  Omakk kauu....


Bersama Mr Wong dari Batu Gajah. Pembiak kambing. Dulu ada 500 ekor kambing, tetapi atas sebab sebab yang belum sempat aku korek, kini ada 50 ekor kambing. Takpa nanti ada masa aku crashland ladang dia.


Puan Amalina dari Malim Nawar. Usahawan jemputan dari Malim Nawar. Produk utama telur masin jenama Mak Mertua. Kini makanan ternakan unggas rumusan dan buatan sendiri. Pemenang Rural Busines Challenge 2012 yang mendapat geran $2 juta. 

Kelulusan Sijil Tinggi Agama. Jadi guru agama sebelum buat keputusan bela itik penelur, buat dan jual telur masin. Banyak sepak terajang yang dilalui, termasuklah produk ditiru dan disabotaj (diborong banyak banyak kemudian disimpan kemudian bila hampir tarikh luput - dihantar ke peruncit agar dianggap membekalkan telur masin busuk). 

Lagi diganggu teruk dengan sihir, hingga menyebabkan rugi $30,000 pada tahun sudah. (Tetapi aku yakin, setiap kali sihir dihantar, pintu rezeki akan terbuka lebih luas. Jadi aku doakan agar Puan Amalina tabah menghadapi gangguan sihir tersebut). 

Apa pun syabas diucapkan kepada Puan Amalina, kerana masih bertahan. Semoga usaha mengeluarkan makanan yang halal lagi baik untuk umat Islam, dan semoga usaha membebaskan umat Islam dari kebergantungan makanan kepada golongan kafir, terus diberkati Tuhan. 


Free public speaking session for all. Yang ni aku dah lupa nama dia. Tak sempat berkenalan. Tapi menternak kambing di Penang. Ada 250 ekor. 


Tajul Asyraf bersama surat kelulusan geran bersyarat. Dia dapat $15,000 ke $20,000? Aku dah lupa. Tapi maksimum nilai geran untuk program IKC UAM ni adalah $20,000. Banyak geng kambing dan lembu yang dapat nilai geran yang maksimum. 


Zul Man Jadda wa Jadda Farm bersama Tuan Arif Adenan, Pengarah UAM. Zul dapat peruntukan yang lebih dari biasa. Special case. Dia sorang je yang lain dari semua peserta. Pasal dia merajinkan diri dan bersungguh turun naik pejabat UAM (pejabat UAM ada tangga ke? wahahaha)

Ok. Terima kasih kepada semua agensi pembimbing dan pegawai terlibat yang bersusah payah menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada Unit Agropreneur Muda, Kementerian Pertanian, dan Pak Menteri Tani DS Ismail Sabri.

Yep. Thanks everyone!

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

www.gengkambing.com - lets breed for freedom!

2 comments:

  1. Dia bagi dinar tapi dia xbagii extensionist .Tolong bagi h/p Tuan Pengarah UAM.Kongsi pengalaman baik buruk program use other people money.tq

    ReplyDelete
  2. yang tua tua bleh guna duit sendiri, kwsp atau pencen.. itupun kalau sempat dapat..hahaha..

    ReplyDelete